• Breaking News

    Saturday, May 19, 2018

    Malaysia Pamer Kemampuan Industri Semikonduktornya di Bulan Ramadhan

    Tobaposcom -- Semicon Asia Tenggara 2018 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini dijangka menarik kehadiran seramai 8,500 pengunjung.

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata, pameran pembuatan elektronik itu akan menampilkan sebanyak 400 gerai.

    “Acara ini adalah yang terbesar dalam sembilan tahun, menampilkan tiga pavilion bertema, lima pavilion global ser-ta pelbagai aktiviti seperti pembentangan, bengkel dan forum khusus dalam ekosistem semikonduktor.

    “Matrade berhasrat memasarkan kekuatan negara dalam bidang khusus antara industri ini, malah syarikat global juga berminat mendapatkan sumber daripada Malaysia disokong oleh perjanjian perdagangan bebas,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan acara itu di sini hari ini.

    Yang turut hadir ialah Presiden Semi Asia Tenggara, Ng Kai Fai.  (sumber/adm)


    Adv: Yuk, Belanja Online di POP Shop

    No comments:

    Post a Comment

    loading...


    Tentang Kami

    Www.TobaPos.Com berusaha menyajikan informasi yang akurat dan cepat.

    Pembaca dapat mengirim rilis dan informasi ke redaksi.dekho@gmail.com

    Indeks Berita

    Follow by Email